REVIEW : Profesor

February 05, 2018

Halo! Untuk buku kelima pada tahun ni, aku berjaya baca sebuah novel yang bertajuk Profesor, tulisan penulis kontroversi Malaysia, Faisal Tehrani. Buku ni mengangkat hak asasi manusia sebagai tema dan novel ni merupakan buku ke-24 tulisan beliau. Buku ni diterbit secara limited iaitu sebanyak 1500 unit sahaja. Buku ni diterbit sekali dengan buku BUDIMAN



Seperti yang tertulis di cover buku 'untuk pembaca matang', dapat aku katakan yang buku ni bukan bahan bacaan yang sesuai untuk semua lapisan umur. Unsur-unsur seks tu memang ada, tetapi kurang. Yang membuatkan novel ni memang untuk pembaca matang adalah disebabkan lambakan fakta yang disogok oleh penulis kepada pembaca. Mujur aku memang minat fakta/bacaan bentuk non-fiksyen, jadi aku takde masalah untuk menghabiskan naskhah ni. Mungkin bagi mereka yang tak minat dengan fakta, buku ini kurang sesuai dengan mereka.

Tambahan lagi, buku ni mengangkat tema hak asasi manusia, atau patut aku katakan hak asasi manusia - golongan LGBT. Aku memang minat dengan topik mengenai hak asasi manusia kerana bila kita baca topik seperti ni, kita akan memandang dunia dengan perspektif yang berbeza.

Bagai melengkapkan antara satu sama lain, BUDIMAN mengenai kehidupan seorang gay, manakala Profesor pula mengenai hal-hal berkaitan lesbian. Dalam novel ni ada watak aktivis hak asasi manusia yang bernama Suliza (seorang lesbian), dan dapat aku katakan dia merupakan watak utama dalam novel ni. Dia juga merupakan seorang pensyarah.

Kita akan banyak melancong bila baca novel ni. Setiap tempat diolah dengan penuh detail. Kita boleh tahu yang penulis banyak mengembara ke dunia luar. Namun ini lah satu masalah yang aku rasa penulis lakukan. Penerangan latar tempat yang terlampau detail sampai penulis lupa bukan semua pembaca pernah melancong ke luar negara. Akibatnya, aku jadi lost. Dalam hal ni, aku perlu puji penulis novel jiwang di pasaran mainstream, bila mereka tulis tentang sesuatu tempat, kita memang boleh imagine diri kita berada di sana. Penulisan latar tempat mereka disertakan dengan perasaan. FT pula, beliau menulis dengan penuh detail, tetapi kosong.

Antara major turn off dalam novel ni, susunan penceritaan yang serabut. Terlampau serabut sampai aku jadi stress. Peralihan watak yang tiba-tiba, flashback dalam flashback, dan banyak lagi yang aku rasakan aku patut tutup buku ni. Ya, memang ada justifikasi mengenai cerita serabut oleh FT, tetapi bagi aku penceritaan serabut yang buatkan pembaca jadi ketagih adalah satu benda yang bagus. Cuma, bila pembaca jadi menyampah dan lost, adakah penulis nak sampaikan cerita kepada pembaca atau kepada penulis itu sendiri?

Apapun buku ni tetap win sebagai banyak fakta yang menyokong hujah penulis. Dan bagi seorang yang dahagakan fakta seperti aku, buku ni memang sesuai untuk aku.

Rating lelaki seksi : 7/10

Antara artikel menarik dalam buku ni :





Popular Posts

Followers