buku melayu

REVIEW : TUHAN

March 27, 2018

Hai! Akhirnya berjaya juga menghabiskan satu lagi buku pada bulan ini. Sejak dah masuk belajar balik, performance membaca jatuh teruk sebab berapa banyak lab report yang kena disiapkan dulu. Dang. Apapon, kali ni aku berjaya menghabiskan sebuah novel terbitan Buku Fixi yang bertajuk Tuhan. Untuk pengetahuan, buku ni merupakan sekuel kepada novel MURTAD

SINOPSIS DARI e-sentral :

Buku kedua dalam Trilogi MURTAD Dunia hampir musnah. Adam dan Akhil yang ditugaskan membunuh orang murtad telah melarikan diri ke utara setelah tugas terakhir mereka. Johari, lelaki kurier yang ditembak oleh Akhil kerana murtad, ditemui masih hidup oleh Profesor Rahman yang cuba menyelamatkan populasi manusia. Johari dibawa merentas masa bersama seorang perempuan bernama Sarah ke sebuah planet asing untuk diciptakan klon daripada genetik mereka. Ratusan tahun Johari tertidur beku sehinggalah tersedar dan mendapati dirinya telah diklonkan sehingga mencapai ribuan klon yang berwajah seirasnya. Ketakutan membawa Johari bertemu dengan klon bernama Ben yang turut membantu Johari pulang ke Bumi. Namun Komander Borga yang gila kuasa memburu mereka untuk dibunuh.   Di dunia yang mencium kiamat, ada yang lari dari Tuhan, dan ada juga yang ingin menjadi Tuhan!


Secara jujurnya bagi aku buku ini lari dari jangkaan aku. Sebab berdasarkan cover dan juga tajuk buku ni, aku ingatkan buku ini mempunyai tema yang 'dark'. Tetapi mungkin sebab penulis memang sudah dikenali dengan genre funneh, jadi buku ni turut jadi funneh. Genre buku ini bagi aku merupakan sci-fi dan action. 

Cerita ni berbeza dengan kebanyakan cerita sci-fi di luar sana sebab selalunya bila sebut sahaja sci-fi kita terus akan fikir mengenai zombi, robot, cyborg, time travel. Tetapi dalam novel ini, penulis menjadikan 'klon' sebagai tulang belakang cerita.

Bagi sesiapa yang dah baca novel Murtad pasti ingat akan watak Johari si budak kurier dan pastinya korang semua tahu apa nasib dia dalam  novel tersebut. Tetapi dalam novel Tuhan, Johari pula yang menjadi watak utama!(?)

Cerita ini mempunyai character development yang bagus terutamanya bila melibatkan friendship Jo bersama klon dirinya yang sendiri (aku lupa siapa nama klon dia). 

Banyak aksi yang disajikan kepada pembaca, terutamanya bila ada pergaduhan/pertarungan besar di antara watak antagonis dan protagonis. Aksi-aksi yang disajikan semuanya diterangkan dengan detail jadi korang tak akan jadi lost sangat.

Bahasa yang digunakan sudah tidak mempunyai influence Kedah yang berat seperti dalam novel Murtad. Bahasa yang digunakan pun masih boleh faham cuma mungkin akan ada beberapa perkataan yang korang kena cari di DBPonline.

Secara overall, buku ini dikira sebagai enjoyable la. Mungkin ada beberapa part yang slow tapi well part tu kira penting dalam character development terutamanya bila nak mencipta emosi dalam klon.

Rating lelaki seksi : 7/10

Popular Posts

Followers