buku melayu

REVIEW : Murtad

January 29, 2018

Holla! Untuk buku keempat pada tahun ni, aku decide untuk baca sebuah novel bertajuk MURTAD, ditulis oleh Hasrul Rizwan (twitter dia : HasrulRizwan). Buku murtad ni sebenarnya buku #1 dalam trilogi MURTAD(dan aku tak baca lagi yang lain).

SINOPSIS DARI GOODREADS :

Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.
Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka.
Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhilmenelan liur.

“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir
dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya.”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”


Novel ni mengisahkan tentang dua orang kembar yang hot dari segi fizikal diupah oleh SESEORANG untuk membunuh orang Islam yang telah MURTAD. Seperti yang kita tahu, orang Islam yang murtad layak dibunuh (entah aku tak tahu, aku tak pandai sangat bab agama, tapi kalau nak bacaan lebih boleh baca di http://www.risalahislam.com/2015/06/hukum-muslim-keluar-dari-islam-murtad.html ), jadi 2 orang kembaq ni yang bernama Adam Akhil, menjadikan membunuh golongan ini sebagai pekerjaan mereka.

Novel ni bagi aku dia punya starting agak slow, mendayu-dayu ja mata aku baca novel ni. Tapi bila dah sampai bab action, terus cergas kepala otak aku. Setiap aksi ditulis dengan detail (dan disebabkan terlampau detail kadang-kadang aku jadi lost) jadi hang boleh imagine la mecam mana dia tembak bagai tu.

Macam yang aku cakap tadi, Adam dan Akhil ni diupah oleh SESEORANG jadi akan ada beberapa bab yang explain tentang backstory SESEORANG ni. Kita tak diberitahu siapa yang upah diorang, tapi aku tahu otak kita dapat teka siapa SESEORANG tu. Dan plot twist dalam novel ni takde la sampai level mindf*. Ashe-ashe aje.

Bahasa yang digunakan bukanlah seperti bahasa novel fixi lain. Bila korang baca novel ni, korang tahu la pengetahuan penulis dalam bahasa dikira bagus. Tapi yang menariknya, bahasa dialog novel ni kebanyakkan dalam bahasa UTARA sebab Adam dan Akhil mai dari Kedah. Bagi aku, gabungan bahasa formal dan utara dalam novel ni menarik jugak la.

Kalau hgpa jenis yang suka berfikir, hgpa baca dan hadam novel ni. Dan beri pendapat hgpa samada apa yang dilakukan oleh Adam, Akhil, dan SESEORANG itu wajar atau tak? Diterima dalam dunia pada masa kini atau tak? 

Rating lelaki seksi : 6/10

Disebabkan novel ni banyak scene aksi dan banyak juga senjata yang digunakan, jadi aku tolong google-kan gambar senjata yang digunakan dalam novel ni (tak tahu la betul ke tak).

( Smith & Wesson M945 SS )

( SIG SAUER P226 )

( RIFFLE BARRET 98B )

( COLT PYTHON )

*Disclaimer // Aku bukan teroris dan aku tak suka pengganas dan aku juga kurang pandai bab agama





REVIEW : Budiman

January 16, 2018

Yo ssup! Untuk buku ketiga pada tahun ni, aku decide untuk baca sebuah novel yang bertajuk BUDIMAN (terbitan Buku FIXI). Novel ni ditulis oleh Regina Ibrahim dan aku yakin dia pernah tulis novel lain jugak under buku Fixi. Btw, novel ni novel cetakan terhad. Hanya dicetak sebanyak 1500 unit. Belilah sementara masih ada.


Novel ni mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ahmad Budiman B Nassarudin yang merupakan seorang pelakon paling hot dalam Malaysia. Secara pandangan kasar, mungkin bila kita baca novel ni kita akan rasa dia seorang yang gay, namun aku rasa dia atas pagar - antara gay atau straight.

Kita akan disajikan dengan scene flashback Budi sebelum menjadi pelakon iaitu sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaya. Boleh dikatakan dalam 40% - 60% cerita dalam buku ini merupakan scene flashback tersebut. 

Dalam scene flashback tersebut, novel ni ceritakan kepada kita bagaimana hubungan dia dengan rakan-rakannya yang mostly semua gay. Tapi korang baca novel ni, korang akan dapat rasa sebenarnya gay ni banyak jenis. Ada yang embrace diri dia sebagai gay, ada yang jenis gay tapi lembut level sotong, ada yang gay tapi dari luaran nampak straight ja.

Dalam cerita ni juga kita disajikan kehidupan dia sebagai seorang pelakon. Samada dia berubah menjadi straight atau masih gay? Korang baca lah dan nilaikan sendiri.

Secara jujurnya dalam buku ni takde scene-scene yang havoc, scene tembak, scene rogol, scene mindf*. Tapi novel ni ada kelainannya yang sendiri. Mungkin bagi mereka yang nakkan something yang mendalami jiwa golongan gay, buku ni sesuai untuk korang. Ye la, kita selalu menghukum tapi kita jarang nak cuba memahami sesuatu benda tu.

Aku rekemen kan juga novel ni untuk para ustaz atau ustazah di luar sana untuk baca novel ni supaya anda semua dapat a better views terhdap golongan ni.

Rating lelaki seksi : 3/5

Antara quote dalam novel ni :




REVIEW : Hikayat Raja Babi

January 14, 2018

Yo ssup! Untuk buku kedua saya pada tahun 2018 ini ialah Hikayat Raja Babi. Hikayat ini ditulis pada 243 tahun lepas (WOW) dan tulisan asalnya merupakan dalam tulisan Jawi. Kudos kepada pihak Buku FIXI kerana me-translate buku ini kepada tulisan Rumi.


Buku ini merupakan buku pertama saya yang ber-genre 'hikayat' jadi perasaan bila membacanya agak lain macam kerana wow aku tengah baca karya yang berusia ratusan tahun... 

Saya dapat rasakan penulis merupakan seorang yang hebat kerana menjadikan watak babi sebagai watak utama sedangkan kita sendiri tahu babi merupakan makhluk yang agak tabu dalam masyarakat Melayu-Islam.

Buku ini mengisahkan seorang putera raja yang disumpah untuk dilahirkan sebagai manusia yang mempunyai fizikal seperti seekor babi. Dan kita akan disajikan dengan perjalanan hidup dia dari lahir sehinggalah besar. Buku ini menyentuh beberapa aspek seperti cinta, perang, kekeluargaan, kuasa mistik.

Bagi saya cerita ini mempunyai tahap imaginasi yang tinggi, kerana melibatkan unsur-unsur kuasa seperti DragonBall (gitewh). Mempunyai adegan perang yang kebanyakan watak akan mati. Lol.

Bahasa yang digunakan dalam karya ini sangat tinggi. Kewujudan footnote sangat membantu untuk perkataan yang kita sendiri tak pernah dengar sepanjang kita hidup.

Dalam karya ini juga banyak pantun yang diselitkan sehingga saya rasa malu dengan diri sendiri kerana walaupun saya seorang rakyat Malaysia tetapi saya sendiri lemah dalam mencipta pantun. Pada masa yang sama, saya rasa bangga dengan bahasa Melayu kerana kita mempunyai seni bahasa yang indah.

Namun major turn off bagi cerita ini merupakan explanation watak yang melampau-lampau panjangnya. Saya terpaksa skip beberapa page sebab saa sendiri lost dengan pengenalan watak oleh penulis. Entahlah, mungkin cara penulisan hikayat memang sebegitu.

Tetapi secara overall, saya sukakan hikayat ini. Karya ini ibarat memberikan gambaran kepada kita bagaimana suasana Malaysia pada masa dahulu, sesuatu yang jarang didedahkan kepada rakyat negara ini.

Rating lelaki seksi : 4/5


REVIEW : The Other Side Of The Coin

January 11, 2018

Halo! Pada post pertama di blog ini saya akan me-reviu sebuah buku yang bertajuk 'The Other Side Of The Coin'  yang ditulis oleh Aiman Azlan dan Ameen Misran.




Secara jujurnya, ini merupakan buku motivasi pertama yang pernah saya baca sepanjang saya hidup. Saja nak mulakan tahun 2018 dengan posotivity gitewh.

Buku ini merupakan kolaborasi antara dua penulis yang saya rasa semua kenal, tapi saya tak kenal. Lol.  Oh, lupa nak bagitahu, buku ni ditulis dalam bahasa Inggeris. Tapi jangan risau tak banyak perkataan bombastic.

Buku ini merupakan sebuah buku non-fiksyen. Jadi tiada events yang meragut jiwa, suspen dan yang sewaktu dengannya.

Buku ni dibahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian, satu penulis. Pada pendapat saya, bahagian Aiman Azlan lebih sesuai dibaca oleh golongan remaja, dan juga golongan underage. Bahasa yang digunakan juga mudah untuk faham. Dan bagi saya, penceritaan yang digunakan oleh Aiman Azlan lebih mudah untuk sampai ke hati kerana ada kelembutan dalam words dia.

Bagi bahagian Ameen Misran pula saya agak kurang suka. Bagi saya penulisan dia lebih ke arah untuk pengjustifikasian antara betul dan salah. Ibarat kalau hang buat sesuatu yang melanggar syariah hang confirm berdosa. Well memang betul kan, tetapi entah saya agak tak suka dengan cara dia menulis.

Berbeza dengan Aiman Azlan, penceritaan dia seperti memahami golongan yang sering lakukan dosa seperti saya.


Rating Lelaki Seksi ; 3/5


Antara quote dalam buku ni,








Popular Posts

Followers