REVIEW : Budiman
January 16, 2018Yo ssup! Untuk buku ketiga pada tahun ni, aku decide untuk baca sebuah novel yang bertajuk BUDIMAN (terbitan Buku FIXI). Novel ni ditulis oleh Regina Ibrahim dan aku yakin dia pernah tulis novel lain jugak under buku Fixi. Btw, novel ni novel cetakan terhad. Hanya dicetak sebanyak 1500 unit. Belilah sementara masih ada.
Novel ni mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ahmad Budiman B Nassarudin yang merupakan seorang pelakon paling hot dalam Malaysia. Secara pandangan kasar, mungkin bila kita baca novel ni kita akan rasa dia seorang yang gay, namun aku rasa dia atas pagar - antara gay atau straight.
Kita akan disajikan dengan scene flashback Budi sebelum menjadi pelakon iaitu sebagai seorang mahasiswa di Universiti Malaya. Boleh dikatakan dalam 40% - 60% cerita dalam buku ini merupakan scene flashback tersebut.
Dalam scene flashback tersebut, novel ni ceritakan kepada kita bagaimana hubungan dia dengan rakan-rakannya yang mostly semua gay. Tapi korang baca novel ni, korang akan dapat rasa sebenarnya gay ni banyak jenis. Ada yang embrace diri dia sebagai gay, ada yang jenis gay tapi lembut level sotong, ada yang gay tapi dari luaran nampak straight ja.
Dalam cerita ni juga kita disajikan kehidupan dia sebagai seorang pelakon. Samada dia berubah menjadi straight atau masih gay? Korang baca lah dan nilaikan sendiri.
Secara jujurnya dalam buku ni takde scene-scene yang havoc, scene tembak, scene rogol, scene mindf*. Tapi novel ni ada kelainannya yang sendiri. Mungkin bagi mereka yang nakkan something yang mendalami jiwa golongan gay, buku ni sesuai untuk korang. Ye la, kita selalu menghukum tapi kita jarang nak cuba memahami sesuatu benda tu.
Aku rekemen kan juga novel ni untuk para ustaz atau ustazah di luar sana untuk baca novel ni supaya anda semua dapat a better views terhdap golongan ni.
Rating lelaki seksi : 3/5
Antara quote dalam novel ni :
0 comments