REVIEW : PULANG

September 28, 2018

"Tiada laut yang terlalu luas buatku. Di sebalik ombak yang cuba menjatuhkan, aku temui kekuatan diri..."

Pulang, sebuah novel cinta agung yang merentasi 3 generasi, terbitan Karya Seni, ditulis oleh Lily Haslina Nasir.

SINOPSIS DARI GOODREADS :

Berpuluh tahun aku menanti. Berpuluh tahun aku mengharap. Aku kumpul rindu yang tak pernah berkurang. Allah mengirimkan aku kekuatan dan kesetiaan sebagai isteri. Aku tetap menunggu engkau pulang, Othman!

Perlahan-lahan, banyak yang aku pelajari apabila aku mengenali lelaki seperti Othman. Dia lelaki yang terasuh melalui ombak dan ribut taufan. Dia lelaki yang tahan dibanting dan dihempas. Untuk perempuan yang setia pada cinta seperti aku, aku terpaksa menerima hidupnya sebagai anak laut dengan pasrah.

Entah berapa banyak air mata tumpah. Entah berapa kali laut memisahkan kami. Othman terlalu memuja laut biarpun laut kadangkala seperti mahu menguburkannya di dasar yang penuh karang itu. Engkau tak pernah tahu, rasa sengsara apabila saling mencintai tapi diri dibatasi jarak dan waktu. Akhirnya yang tinggal cuma cinta. Yang berbaki hanya setia.

-Che Thom-

Aku ingat lagi Thom, sewaktu aku di pantai untuk mencuci sampan, aku tergamam melihat engkau melintasi aku. Aku menyesal tak sudah masa tu! Ralat dan rugi sungguh aku rasakan sebab kau sudah ada depan mata, tapi aku pula berat mulut untuk menyapa. Ayat bukan main cantik aku dah karang dalam kepala. Tapi bila engkau depan mata, semuanya terbang ke laut! Aku anak laut, kau gadis darat, kita mencari titik untuk saling mesra dan mengerti.

Aku janji Thom, aku pulang. Aku janji aku balik semula ke Serkam. Aku tak ada harta di sini. Izinkan aku belayar keliling dunia, Aku buat semua ini untuk kau, Thom. Aku janji aku kirim berita untuk kau.

-Othman Alias -

Dua hati saling mencintai bertemu. Othman anak muda yang dewasa di laut. Menyimpul kasih dengan Che Thom, gadis yang sangat setia menumpah kasih hanya untuk Othman. Tuntutan hidup membuatkan mereka terpisah. Othman belayar keliling dunia, menjadi anak kapal sejati, hidup sentiasa diasak gelombang ganas. Namun hatinya tak sesekali melupakan Che Tom.

Cuma, hati yang ditinggalkan sentiasa merusuh. Penantian bagai tiada kesudahan. Sampai bila harus menunggu? Di mana surat dan khabar berita yang dijanji. Mengapa hanya poskad bisu tanpa cerita yang dikirim Othman?

Di mana engkau, Othman?
Lupakah engkau pada janji?
Aku akan menunggu engkau pulang biar berpuluh tahun lamanya!


Pulang, sebuah novel berdasarkan #PulangTheMovie (yang berdasarkan kisah sebenar), menceritakan mengenai kisah cinta antara Che Tom dan juga Othman. Kisah yang dimulakan pada tahun 2010, Che Tom menyuruh cucunya Ahmad, untuk mencari Othman. Dan sejurus itu, kita akan disajikan dengan kisah-kisah cinta Che Tom dan Othman.

Jalan cerita - Walaupun novel ini cerita utamanya merupakan flashback, tetapi diselitkan juga scene pada tahun 2010 dan tahun 1966(kalau tak silap). Dan ini yang membuatkan novel ni sebagai novel yang hebat. Di tambah lagi dengan pertukaran POV bagi setiap scene, lagi membantu untuk 'feel' jiwa karakter. Aku akui kehebatan penulis yang mampu menggoncangkan jiwa aku bila baca novel ni. Pada awalnya aku taknak baca lagi sebab tengok sampai 5oo pages, tapi bila dah baca terus tak boleh letak.

Bahasa - Bahasa yang digunakan bergantung pada zaman mana yang diceritakan. Kalau zaman tahun 1940, hg dapat la bahasa klasik. Kalau tengah baca POV tahun 2010, dapat la feel bahasa moden. Jadi pujian perlu diberikan kepada penulis sebab dapat memberikan alunan bahasa yang berbeza, selari dengan zaman penceritaan. Bahasa yang paling aku suka sudah semestinya bahasa klasik sebab millennials macam aku jarang didedahkan dengan bahasa ni. Cuma.... Aku rasa ada ja beberapa perkataan yang aku rasa macam tak digunakan/tak sesuai pada penceritaan zaman 1940. Contohnya perkataan wang ringgit.

OH YEAH DID I TELL YOU YANG SETIAP INTRO BAB DISELITKAN SEKALI DENGAN PANTUN? DAMN LIT!

Karakter - Aku suka karakter-karakter dalam buku ni. Othman si hitam manis yang tangannya keras menulis tetapi pantun-pantun untuk kekasih menari dalam otak. Che Tom seorang wanita lembut yang cantik dan juga cekal dalam menunggu kepulangan/mencari suami kesayangan. Tetapi, watak yang paling aku suka atau bagi MASSIVE RESPECT ialah Omar. Damn. Sumpah watak ni paling cekal, paling penyayang, paling memahami. Kalau boleh, aku nak usap belakang Omar, dan ucap "It's okay Omar. it's okay."

Psssttt dan aku suka lagi satu watak chinese tu (aku lupa nama dia). Baru betul 1 Malaysia.

Ada beberapa kelemahan dalam novel ni tapi pejam mata je la kalau nak dibandingkan dengan kehebatan keseluruhan cerita. Apapun thumbs up kepada penulis sebab berjaya buat air mata gugur. Dah lama jugak sebenarnya air mata tak gugur. Terima kasih penulis. Terima kasih Othman. Terima kasih Che Tom. Terima kasih Omar. Terima kasih Pulang.

Rating lelaki seksi ; 4/5



P/s #PulangTheMovie best tak? My broke ass cant afford to buy the ticket. Walaupun netflix asia ada tayangkan #PulangTheMovie tapi well aku miskin.

REVIEW : Stigma

September 05, 2018

"The struggle is real." Stigma, sebuah buku yang mengangkat isu LGBT sebagai tema. Ditulis oleh Muharikah, terbitan Iman Publication.

SINOPSIS DARI GOODREADS :

"Macam mana kalau saya terjatuh cinta kat dia?" ungkap Iman, serius.

Ketawa Zarith berderai, terbahak-bahak sehingga mengeluarkan air mata.

"Knowing you, I know akak takkan fall in love dengan orang macam Aleph. Kalau tak, ramai dah adik-adik kat Cairo dulu tu jadi kekasih akak," ketawa mereka pecah lagi. Menenggelamkan suasana bingit di kantin itu.

Iman tahu, Zarith hanya bergurau. Tapi, ada sisi kehidupan Iman yang berjaya disorok daripada Zarith.

Sisi gelap yang tak pernah dia kongsikan dengan sesiapa pun.


Buku ni mengisahkan Dr Iman, seorang doktor perubatan yang merawat pesakit HIV/AIDS yang kebanyakannya merupakan golongan yang menjalani kehidupan seks songsang. Namun, apa yg pembaca perlu tahu, Dr Iman juga seorang yang pernah berada di dunia tersebut - dunia lesbian. Karakter Dr Iman sambil merawat pesakit, sambil menyampaikan dakwah kepada mereka agar kembali kepada fitrah yang sebenar.

Satu benda yang aku perlu puji mengenai buku ini adalah keberanian penulis untuk mengangkat tema LGBT sebab jarang ada individu yang berani mengangkat isu ni jika individu tersebut bukannya dari rumah penerbitan alternatif. Seperti yang kita tahu, Iman Publication mempunyai reputasi sebagai rumah penerbitan buku agama/motivasi. Jika rumah penerbitan lain, isu LGBT merupakan perkara biasa.

Tambah lagi, aku suka penulis tak menghina golongan LGBT dalam penulisan beliau. Dan tak mengeluarkan statement LGBT = bumi terbalik = dilaknat nabi. Bagi aku kalau ada penulis buat macam ni, macam mana nak mendekati golongan LGBT? Inilah satu benda yang aku puji.

Namun...

Ada beberapa kekurangan yang aku rasa mungkin boleh dibaiki lagi pada masa hadapan. Contohnya kekuatan karakter.

Karakter Iman bagi aku tak mempunyai jiwa yang kuat. Karakter Iman lemah. Bagi aku percaturan penulis yang meletakkan backstory Iman di belakang cerita merupakan langkah yang salah. Sepatutnya backstory kehidupan lesbian Iman perlu diletakkan di awal cerita, supaya pembaca dapat feel hidup dia sebagai lesbian ketika dia memberi nasihat kepada pesakit dia. Dan aku rasa watak dia kena 'ringan-ringan' dengan sepupu dia macam satu scene yang tak memberikan apa-apa impak.

Karakter Faris juga aku rasa terlampau limited. Tak strong. Tahu-tahu dia gay. Backstory yg tak kuat menyebabkan aku rasa watak Faris watak biasa.

Tambah lagi, terlampau banyak pesakit yg dirawat oleh Iman sehingga menyebabkan pembaca takde rasa attached dengan watak dan juga perjuangan Dr Iman. Kalau penulis dapat fokuskan hubungan dengan salah satu watak pesakit, aku rasa watak Dr Iman akan jadi lagi strong dan mampu memberi impak.

Jalan cerita yang agak lemah. Bagi aku penulis terlampau bermain dengan scene di hospital/perubatan yang aku rasa separuh dari buku ni pasal perubatan. Benda tu tak salah, tapi ni buku isu LGBT, jadi aku rasa isu perubatan perlu dikurangkan. Dan disebabkan benda ni la membuatkan aku takde feel dalam perjuangan dakwah Dr Iman. Ditambah lagi dengan bagaimana mereka boleh insaf dari jalan hidup tersebut, aku tak jumpa scene atau reason yg cukup strong untuk mereka berubah. Tahu-tahu hati tergerak nak berubah. Ya aku tahu hidayah milik Tuhan, tetapi dalam penulisan, setiap benda yang terjadi, mesti kena ada asbab yang kukuh.

Mesej yang tak kesampaian. Aku ada nampak mesej yang cuba disampaikan oleh penulis tapi aku rasa tak seberapa sampai. Penulis cuba mengajak pembaca agar membuang stigma  terhadap orang LGBT. Tetapi aku rasa mesej penulis hanya akan sampai kepada individu yang meminati penulis saja.

Entah, aku rasa agak kecewa dengan buku ni. Mempunyai potensi besar agar stigma masyarakat dibuang, tetapi tak kesampaian. Bagi aku sayang la, Iman Publication ada fans dari kumpulan yang tersendiri. Kalau buku ni digarap dengan baik, aku dapat rasakan society takkan pandang LGBT dengan keji.

Rating lelaki seksi ; 2/5


Antara quote dalam buku ni ;




Popular Posts

Followers