REVIEW : Percy Jackson and the Olympians Series

July 29, 2019

Okay, okay, aku baru habiskan Percy Jackson series. Dan kalau korang minat buku yang penuh dengan action, aku suggest kau untuk baca series ni. Sebab buku ni penuh gila dengan action + adventure.

Percy Jackson and the Olympian ni mengisahkan pengembaraan seorang budak yang bernama Percy dalam melawan kebangkitan Kronos. Dia ni merupakan anak kepada tuhan Greek iaitu Poseidon. Mengikut the First Great Prophecy;
A half-blood of the eldest gods
Shall reach sixteen against all odds
And see the world in endless sleep
The hero's soul, cursed blade shall reap
A single choice shall end his days
Olympus to preserve or raze
Dalam buku ni ada 3 orang yang memenuhi line pertama prophecy ni. Siapa? Hang baca sendiri, tapi yang pasti Percy merupakan salah sorang dari anak eldest god tu la. So cerita ni berkisarkan sama ada Percy ni akan jadi half-blood yang akan hancurkan Olympus, ataupun selamatkan Olympus.

Aku ni macam ada love hate relationship dengan series ni. Ada buku yang aku suka, ada buku macam mehhh. Walau bagaimanapun aku tak boleh deny aku macam hooked jugak la dengan series ni.


Benda first yang aku suka pasal buku ni obviously dengan penggunaan simple English. So pembacaan aku pun lancar je. Macam korang tahu la, ni kan buku untuk kanak2, so Rick memang takkan guna perkataan yang bombastic. Bila dia guna simple english, secara tak langsung mudah untuk aku imagine setiap scene dalam buku ni. Walaupun buku ni penuh dengan action, aku tak rasa terbeban nak imagine. So kalau korang nak cari buku untuk geng2 lemah English macam aku, aku suggest baca buku ni.

Benda yang aku suka pasal buku ni adalah dia punya character. Dalam series ni ada 3 watak utama (walaupun bila dah lama sikit dia punya main characters jadi lagi banyak).

 


Tiga watak utama dalam series ni ialah Percy, Annabeth, dan juga Grover. Diorang ni macam best friend bila diorang dekat Camp Half-Blood. Watak Percy ni macam lembab dan bodoh sikit dan kadang dia punya pemikiran tu lawak. Yang si Annabeth ni pulak dia macam matang sikit. Yang Grover pulak dia ni macam clumsy + coward sikit. Tapi watak dia lawak lol. Watak2 dalam buku ni warna-warni dan sebab tu bila kau baca diorang punya adventure kadang2 kau tergelak sorang2.

Selain watak2 ni, watak2 lain style juga. Dan aku boleh katakan hampir semua watak mempunyai warna yang tersendiri. Dan secara personal, aku suka watak Nico (dia ni anak Hades) dan juga Blackjack. Dua watak ni bila muncul dalam buku aku jadi happy gitewh.

Aku yakin bila kau baca semua buku ni, kau akan lebih tertarik dengan watak2 lain, sebab bagi aku watak2 dalam ni semua best. Ni antara buku yang berjaya buat aku lebih suka dengan watak selain watak utama.

 


Walaupun watak2 dalam ni style, tapi pada awal2 tu aku macam tak boleh terima sangat diorang punya character development. Sebab aku rasa terlampau cepat diorang punya personaliti berubah. Tapi lepas tu aku get used to it la.


Okay kita sembang pasal plot cerita pulak. Untuk geng yang suka cerita adventure + fantasy + magic, ni memang sesuai la untuk korang. Tapi korang jangan expect cerita ni ada dark vibes pulak. Konflik dalam buku ni pun takde la rasa macam evil teruk. Tapi just nice je la dia punya feeling of tension tuhhh.

Action dalam series ni banyak, atau patut aku katakan terlampau banyak. Sampaikan aku sendiri lupa dalam buku pertama apa diorang punya action. Itu belum lagi campur dengan action dalam buku terakhir. Allahu, aku kena stop banyak kali jugak la sebab nak bernafas jap. Mungkin untuk orang yang suka  action buku ni perfect la untuk dia, tapi aku suka buku yang ada drama sikit, yang boleh buat jiwa aku kacau. Baru aku rasa macam perfect, tapi aku terima je la seadanya.

Boleh dikatakan daripada buku 1-4 backbone buku ni mengenai pengembaraan, lawan dengan monster, lawan dengan Luke-tapi-dia-tak-mati-mati. Lepastu setiap buku mempunya prophecy yang berbeza. Bagi aku prophecy ni la yang buat aku nak baca sampai habis sebab aku nak tahu apa maksud prophecy tu. Dan selalunya expectation aku memang meleset kah kah kah. Oh, prophecy tu macam ramalan yang diberikan kepada demigods sebelum diorang start mengembara.

TAPI ADA SATU BENDA AKU TAK PUAS HATI DENGAN SERIES NI. Dia punya story build up untuk final buku macam tak cukup padu. Ye aku tahu daripada buku 1 lagi kita dah dikenalkan dengan Kronos, dan Kronos akan bangkit semula untuk hancurkan Olympus. Tapi aku rasa dia punya story build up dari buku 1 sampai 4 biasa2 ja. Buku ni macam tak tunjukkan sangat scene2 mengenai kebangkitan Kronos. Tahu2 ja dah berperang dengan Kronos dekat buku 5. Itu je la aku rasa macam tak puas hati sikit.


Buku ni bagi aku best je, dan agak enjoyable. Penulisan dan cerita Rick boleh buat hang ketagih. Orang kata a page turner book gitewh. Dan buku ni kategori light reading. Kalau kau ada kawan yang nak try baca buku English, aku suggest baca buku ni.

Adios everibadih.


Popular Posts

Followers