REVIEW : Entiti
August 08, 2018Kini, tiba masanya untuk reviu buku penulis feveret aku. Terbitan Buku Fixi, ditulis oleh Syafiq Aizat ( @yo_sapit ).
SINOPSIS DARI GOODREADS :
Sebagai pelajar baru di sekolah, banyak benda baru yang dia perlu cari. Seperti kawan baru, makwe baru, sumber inspirasi baru dan gaya hidup baru.
Namun, benda baru lain pula yang dia jumpa: sebuah buku lama yang membawa dia untuk belajar ilmu-ilmu baru. Buku yang sarat dengan cara-cara memanggil hantu, menjampi, dan maklumat tentang hal mistik yang tidak pernah dia tahu.
Pada masa yang sama, dia juga telah menarik perhatian si pemerhati yang baru.
Menyedari yang dia dan orang di sekelilingnya dalam bahaya, Iskandar perlu menemukan jalan untuk menyelamatkan semua orang.
Mampukah dia menyorok daripada entiti yang dia sendiri tak nampak?
Namun, benda baru lain pula yang dia jumpa: sebuah buku lama yang membawa dia untuk belajar ilmu-ilmu baru. Buku yang sarat dengan cara-cara memanggil hantu, menjampi, dan maklumat tentang hal mistik yang tidak pernah dia tahu.
Pada masa yang sama, dia juga telah menarik perhatian si pemerhati yang baru.
Menyedari yang dia dan orang di sekelilingnya dalam bahaya, Iskandar perlu menemukan jalan untuk menyelamatkan semua orang.
Mampukah dia menyorok daripada entiti yang dia sendiri tak nampak?
Syukur aku berjaya habiskan buku ni dalam masa kira-2 8 jam (well baca waktu kerja kott). Satu pengembaraan yang menyeronokkan dan tak rasa terlalu berat dan tiada mainan emosi yang sedih (syukur).
Cerita dimulakan apabila Is ter-curi sebuah Buku Hitam yang mengandungi jenis-jenis hantu, jampi-jampi untuk panggil hantu dan juga untuk buat benda lain (yang bakal jadi perkara penting dalam novel ni). Buku yang ditulis oleh Reza (siapa dia?) mengandungi beberapa tulisan pelik yang kalau hg baca hg takkan faham tapi setiap benda du dunia ni ada jawapannya...
Buku entiti aku dapat katakan mempunyai genre fantasi, mistik, aksi. Semua genre ni diadunkan dalam sebuah buku bila hg dah start baca mungkin hg susah nak letak balik. Aku suka penulis gunakan genre fantasi sebab dekat malaysia mostly orang tak suka baca genre ni well sebab benda tak logik kan (tapi kalau bab manusia boleh tengok hantu boleh pulak rasa tak cringe walhal genre yg sama jugak) dan ada banyak terma yang digunakan dalam buku genre fantasi tersangatlah cringe. Tapi bagi aku, bila kita selalu disajikan dengan terma-terma berunsur fantasi, nanti kita takkan rasa cringe sangat dah.
Dalam buku kalini, penulis masih lagi mengekalkan formula 'bromance' untuk membelai emosi kita seperti noveel-novel sebelum ni. Buku kalini masih menunjukkan nilai-nilai murni kekeluargaan dan juga persahabatan. Bagi aku, disebabkan ini la penulis sangat popular di kalangan remaja kerana membawa nilai-nilai ni.
Dan lagi satu ciri yang menyebabkan penulis terkenal, penulisan yang sempoi dan santai. Yang ni memang kena la untuk orang yang tak minat bahasa. Bagi aku bila penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah, lagi senang nak attract pembaca baru dari golongan muda. Barulah negara kita ni mempunyai rakyat yang suka membaca.
IDEA - Aku suka idea yang digunakan untuk membangunkan buku ni. Hg boleh dapat vibe Ghostbuster, vibe Danny Phantom, vibe YuGiOh!! Lepastu hg dapat tengok beberapa lukisan yg dilukis sendiri oleh penulis dalam buku ni yg merujuk kepada Buku Hitam tersebut. Lagi hg dapat kenal hantu-hantu kat dunia ni dan cara nak seru diorang. Aduhh teringat pula buku Dictionnaire Infernal yg dimention dalam buku The Lucifer Letters (aku ada buat reviu).
Dan aku harap sangat penulis buat spin off novel untuk Perlawanan Kad Wizards and Magic. Weiii gempak seyhhh tapi scene ni sekejap banget!! WE NEED JUSTICE FOR THIS GAME!!!
KARAKTER - Macam yg aku bagitahu tadi, ada momen-momen bromance dalam ni. Momen ni terjadi di antara Is dan juga Khai. Aku taknak ulas banyak sebab hg yg kena baca sendiri. Tapi watak yg paling aku suka mestilah hantu kucing tu yg bernama Samad. Aduhh dia lawak. Hah, watak Pak Su pun lawak jugak HAHHAHA
Lepastu dalam ni ada watak yg mengenakan jubah hitam, diorang ni group cult la. Dalam ingatan aku terus imagine scene dalam MV Fake Love oleh BTS
Oh bila cakap pasal karakter, dalam ni ada cameo watak dari novel sebelum-sebelum ni tau. Nak tahu siapa? Baca la sendiri. Tapi mesti hg senyum punya bila watak ni muncul. Aduh terus teringat novel tu. Hrmmm
WARNING - Takdelah negatif sangat tapi tu la, aku baca guna ebook tapi page Buku Hitam tak jelas weiii bila baca. Habis down aku bila jadi macam tu. Aku ada contoh dekat bawah.
Rating lelaki seksi : 8/10
p/s PLISSS SESIAPA BELANJA AKU BUKU KAMPUS WEIII ADUHH TETIBA NAMA KRAMPUS DIMENTION DALAM NI HABIS AKU LOST SEBAB TAK BACA LAGI KAMPUS
0 comments