Ibarat Helang dengan Pipit : Edisi Pembaca Buku

June 08, 2019

Korang tahu kan maksud helang dengan pipit apa dia?? Kalau kau tak tahu alhamdulillah kau terhindar daripada dunia kontroversi. Tapi aku yakin semua tahu maksud dia muehehhe.

Untuk post kalini aku nak luahkan opinion aku pasal geng2 helang dalam komuniti pembaca buku. Hahh korang jangan ingat golongan pembaca takde yg helang. Wujud okay sebenarnya golongan macam ni.

Bangsa helang dalam golongan pembaca merupakan individu yang membaca buku2 berat dan pandang sebelah mata dekat pembaca buku ringan. Contoh buku2 berat ni macam buku tulisan Yuval Noah Harari, buku2 terbitan the patriots, senang cerita mostly buku2 non-fiction (tapi tak semua non-fiction dianggap sebagai buku berat). Dan pembaca buku2 ni selalunya menganggap diri diorang lagi mulia daripada pembaca buku2 ringan (macam buku romance, fantasy, sci-fi, tapi tak semua buku fiksyen merupakan buku ringan ye).

Secara jujurnya aku sendiri tak tahu kenapa boleh wujud diskriminasi macam ni. Sebab SEPATUTNYA lagi banyak kita membaca lagi kita humble. Orang cakap biarlah ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

"Umur dah 30an pun still baca buku cinta?"

"Kalau baca buku fixi je macam mana nak fikiran matang?"

"Kau dapat apa dengan baca buku fantasi? Kau tahu kan semua tu rekaan ja?"

"Macam mana hg nak tahu pasal isu semasa kalau baca buku camni ja?"

Ni merupakan kata2 yg pernah aku terima dan yang pernah aku jumpa di twitter. Bila baca tu dulu aku rasa agak down la jugak, macam hina sangat ja aku baca buku fiksyen ni. Lepastu bila aku fikir balik, pi mampos la kat hg! 



Kita kena faham ada sesetengah orang menjadikan membaca ni sebagai satu bentuk escapism sebab dia punya hidup dah messed up. So buku2 ringan ni mampu berikan dia satu dunia yg boleh buat dia lupakan masalah hidup dia jap. Hg bayangkan hg engineer, baru lepas kena tiaw dengan bos hg, adakah hg expect dia akan baca buku2 karl marx? Lagi mental ada la.

Sebab tu diorang more inclined untuk baca buku yang lebih ringan. Hidup di pejabat dah stress, takkan nak penuhkan lagi otak dengan benda2 macam tu?

Kita juga kena faham setiap orang ada preference sendiri. Kau tak boleh expect setiap orang akan suka apa yg kita suka. Ada orang suka baca buku romance, ada orang suka baca buku fantasy, ada orang suka baca buku kanak2. Setiap orang ada benda yg diorang minat, dan hg tak perlu kot menilai apa yg dia minat.

Macam hg suka minum tealive, tapi ada orang suka minum the alley yg mahal nokharoms tu. Dua2 bubble tea, tapi tu la ada orang lidah dia cuma boleh masuk tealive ja, dan ada orang cuma boleh telan the alley ja. Tapi dua benda tu sama ja, air, masuk badan, jadi air kencing. Easy ja.

Kita juga kena faham setiap orang ada step diorang yg tersendiri. Aku tak nafikan buku berat ni memang bagus. Ye la, boleh tambah ilmu, boleh shape kita punya pendirian hidup. Boleh belajar benda2 yg kontroversi. Tapi setiap orang ada timeline yg tersendiri. Mungkin jiwa dan otak hg terbuka awal untuk terima buku2 camtu, tapi ada ja orang yg terbuka lewat sedikit jiwa diorang. 

Kalau hg dok push diorang dengan kata2 sinis habis la diorang down. Tak berdosa pun kalau dia dah umur 45 tahun tapi buku favourite dia Harry Potter dan tak pernah baca buku Kassim Ahmad. Kita chill je okay.

Kita bila jadi pembaca buku ni, kita kena zuhud selalu (TAKBUR!). Jadi lah seorang yang lebih memahami yg setiap manusia berbeza. Hidup ni jangan nak serius sangat, biar je diorang baca buku yg diorang enjoy.


Akhir kata marilah kita mengajak lebih manusia untuk minat membaca. Walaupun statistik cakap purata pembacaan rakyat Malaysia sebanyak 15-20 buku tapi aku tak percaya sangat statistik ni hahahahha. Ayuh jadikan membaca sebagai sebahagian dalam hidup!

Ouhh btw post ni inspired by discussion yg  dibuat oleh UNTITLED. book club di GoodReads. Kalau nak join group ni boleh click link di bawah (dan juga follow twitter diorang)

Twitter : @untitledbc

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Followers