REVIEW : The Metamorphosis / Die Verwandlung

August 06, 2018

Hallo. Kalini aku nak reviu buku yang ditulis oleh Franz Kafka, seorang penulis berbangsa Deutsch (Jerman) yang bertajuk Die Verwandlung atau dalam bahasa inggeris, The Metamorphosis.


SINOPSIS DARI GOODREADS :

"As Gregor Samsa awoke one morning from uneasy dreams he found himself transformed in his bed into a gigantic insect. He was laying on his hard, as it were armor-plated, back and when he lifted his head a little he could see his domelike brown belly divided into stiff arched segments on top of which the bed quilt could hardly keep in position and was about to slide off completely. His numerous legs, which were pitifully thin compared to the rest of his bulk, waved helplessly before his eyes." 


Macam yang disebut dalam sinopsis, cerita ni bermula dengan seorang lelaki bernama Gregor yang bangun-bangun tidur terus berubah jadi beetle-like insect. Gregor ni seorang salesman jadi dia perlu kejar train sebab taknak terlepas. Tapi bila bangun dah jadi insect, hg nak buat macam mana kan??

Pada pendapat aku buku ni mengangkat tema family values, kapitalism (sipi-sipi). Kita boleh lihat bagaimana layanan keluarga terhadap dia berubah apabila Gregor ni transform. Kita boleh tengok macam mana adik si Gregor ni jaga dia, jaga makan minum. Tapi tu la, hrmmm....

Buku ni sebenarnya dalam Jerman tapi telah ditranslate ke bahasa Inggeris. Versi ebook yang aku beli (harga dalam RM4) ada dua part. Satu part dalam bahasa Inggeris, satu part lagi dalam bahasa Jerman. Aku saja la usha yg bahagian Deutsch, terus my inner deutsch bangun semula selepas dah berapa tahun tinggalkan bahasa Hitler tu. Hahaha aku akan simpan buku ni untuk polish balik deutsch aku.

Buku ni pendek ja, tak sampai seratus halaman pun kalau dalam bentuk ebook, tetapi aku ambek masa yang lama untuk habiskan buku ni. Aku sejenis manusia yang tak suka baca cerita yang bagi explanation panjang-panjang, tetapi benda ni selalu jadi dalam karya klasik/lama. Sebab tu buku-buku klasik bukannya peberet aku contoh macam buku 1984. Ohh yeah, buku ni diterbitkan pada 1915.

Ditambah lagi, bahasa Inggeris yg digunakan dalam buku ni bagi aku agak susah la jugak. Banyak kali jugak la kena guna google translate. Bila wujud situasi macam ni, hg ada probability yg tinggi untuk lost ketika membaca. Dan benda ni terjadi dekat aku. Bagi aku, buku ni tak sesuai orang yang baru nak bertatih dalam dunia buku Inggeris. Ni level budak MUET band 5/6.

Kesimpulannya, walaupun pada mula aku tak suka sangat buku ni, tapi makin lama, makin aku suka. Aku rasa buku ni agak emosional dan baca buku ni merupakan satu perjalanan yg agak wild sebab dehekk bangun tidur terus jadi insect.

Rating lelaki seksi : 7/10


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Followers