Ibarat Helang dengan Pipit : Edisi Pembaca Buku

June 08, 2019

Korang tahu kan maksud helang dengan pipit apa dia?? Kalau kau tak tahu alhamdulillah kau terhindar daripada dunia kontroversi. Tapi aku yakin semua tahu maksud dia muehehhe.

Untuk post kalini aku nak luahkan opinion aku pasal geng2 helang dalam komuniti pembaca buku. Hahh korang jangan ingat golongan pembaca takde yg helang. Wujud okay sebenarnya golongan macam ni.

Bangsa helang dalam golongan pembaca merupakan individu yang membaca buku2 berat dan pandang sebelah mata dekat pembaca buku ringan. Contoh buku2 berat ni macam buku tulisan Yuval Noah Harari, buku2 terbitan the patriots, senang cerita mostly buku2 non-fiction (tapi tak semua non-fiction dianggap sebagai buku berat). Dan pembaca buku2 ni selalunya menganggap diri diorang lagi mulia daripada pembaca buku2 ringan (macam buku romance, fantasy, sci-fi, tapi tak semua buku fiksyen merupakan buku ringan ye).

Secara jujurnya aku sendiri tak tahu kenapa boleh wujud diskriminasi macam ni. Sebab SEPATUTNYA lagi banyak kita membaca lagi kita humble. Orang cakap biarlah ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

"Umur dah 30an pun still baca buku cinta?"

"Kalau baca buku fixi je macam mana nak fikiran matang?"

"Kau dapat apa dengan baca buku fantasi? Kau tahu kan semua tu rekaan ja?"

"Macam mana hg nak tahu pasal isu semasa kalau baca buku camni ja?"

Ni merupakan kata2 yg pernah aku terima dan yang pernah aku jumpa di twitter. Bila baca tu dulu aku rasa agak down la jugak, macam hina sangat ja aku baca buku fiksyen ni. Lepastu bila aku fikir balik, pi mampos la kat hg! 



Kita kena faham ada sesetengah orang menjadikan membaca ni sebagai satu bentuk escapism sebab dia punya hidup dah messed up. So buku2 ringan ni mampu berikan dia satu dunia yg boleh buat dia lupakan masalah hidup dia jap. Hg bayangkan hg engineer, baru lepas kena tiaw dengan bos hg, adakah hg expect dia akan baca buku2 karl marx? Lagi mental ada la.

Sebab tu diorang more inclined untuk baca buku yang lebih ringan. Hidup di pejabat dah stress, takkan nak penuhkan lagi otak dengan benda2 macam tu?

Kita juga kena faham setiap orang ada preference sendiri. Kau tak boleh expect setiap orang akan suka apa yg kita suka. Ada orang suka baca buku romance, ada orang suka baca buku fantasy, ada orang suka baca buku kanak2. Setiap orang ada benda yg diorang minat, dan hg tak perlu kot menilai apa yg dia minat.

Macam hg suka minum tealive, tapi ada orang suka minum the alley yg mahal nokharoms tu. Dua2 bubble tea, tapi tu la ada orang lidah dia cuma boleh masuk tealive ja, dan ada orang cuma boleh telan the alley ja. Tapi dua benda tu sama ja, air, masuk badan, jadi air kencing. Easy ja.

Kita juga kena faham setiap orang ada step diorang yg tersendiri. Aku tak nafikan buku berat ni memang bagus. Ye la, boleh tambah ilmu, boleh shape kita punya pendirian hidup. Boleh belajar benda2 yg kontroversi. Tapi setiap orang ada timeline yg tersendiri. Mungkin jiwa dan otak hg terbuka awal untuk terima buku2 camtu, tapi ada ja orang yg terbuka lewat sedikit jiwa diorang. 

Kalau hg dok push diorang dengan kata2 sinis habis la diorang down. Tak berdosa pun kalau dia dah umur 45 tahun tapi buku favourite dia Harry Potter dan tak pernah baca buku Kassim Ahmad. Kita chill je okay.

Kita bila jadi pembaca buku ni, kita kena zuhud selalu (TAKBUR!). Jadi lah seorang yang lebih memahami yg setiap manusia berbeza. Hidup ni jangan nak serius sangat, biar je diorang baca buku yg diorang enjoy.


Akhir kata marilah kita mengajak lebih manusia untuk minat membaca. Walaupun statistik cakap purata pembacaan rakyat Malaysia sebanyak 15-20 buku tapi aku tak percaya sangat statistik ni hahahahha. Ayuh jadikan membaca sebagai sebahagian dalam hidup!

Ouhh btw post ni inspired by discussion yg  dibuat oleh UNTITLED. book club di GoodReads. Kalau nak join group ni boleh click link di bawah (dan juga follow twitter diorang)

Twitter : @untitledbc

buku inggeris

Harry Potter and The Goblet of Fire : Buku VS Filem

June 03, 2019

Okay untuk post comeback kalini aku decide untuk bawak hala tuju blog ni ke arah lain. Instead of reviu buku ja, aku akan cuba untuk post entry ala2 discussion. So untuk debut discussion post ni, aku akan kupas perbezaan antara buku dengan filem Harry Potter and the Goblet of Fire. Sebelum tu aku nak warning la, post ni obviously akan ada spoilers banyak gila. So kalau hg sanggup terima risiko ni hg boleh baca tapi kalau tak mampu aku sarankan hg pi baca buku dia dulu.


First of all, hg kena tahu yg buku Goblet of Fire ni ada 7++ pages so secara logiknya memang akan banyak benda kena potong sebab how tf nak muatkan 7++ pages ke filem berdurasi 2 jam setengah. Filem kalini diarah oleh Mike Newell (yg juga merupakan director Prince of Persia) dan ni merupakan kali pertama dia mengarah filem HP.... dan juga kali terakhir.... sobs...

Bagi aku normal ja untuk seorang pengarah untuk ubah sikit filem yg diadaptasi daripada buku sebab baru ada kelainan kan asalkan direction filem dan buku tak bercanggah tapi bagi aku Mike ni ubah banyak benda sangat KAH KAH KAH KAH.

So dekat bawah aku akan list 5 perbezaan antara buku dengan filem Goblet of Fire :

1. WATAK DUMBLEDORE

Siapa tak sayang dengan watak Dumbledore ni. Dia macam ikon cikgu yg bersifat bapak2 dekat sekolah kita. Yang jenis cool je dalam setiap benda, even kita langgar peraturan dia boleh ajak kita mengeteh lagi. Itu lah watak yg dibawak oleh JK Rowling dari awal buku. Tapi bila sampai dalam filem, allahu tiba2 watak Dumbledore jadi ganas persis guru disiplin! Ingat tak scene waktu nama Harry Potter keluar dari Goblet of Fire tu (menandakan dia salah sorang champion untuk Triwizard tournament) gila garang Dumbledore bila dia jumpa Harry dekat belakang Dewan Makan diorang tu

Kalau dalam buku bapak cool Dumbledore tanya Harry. Takde la nak terkam Harry macam dia buat dosa besar. Hg boleh tengok dari petikan buku.

"Professor Dumbledore was now looking down at Harry, who looked right back at him, trying to discern the expression of the eyes behind the half-moon spectacles.
"Did you put your name into the Goblet of Fire, Harry?" he asked calmly."

HE ASKED CALMLY!!!! Dumbledore tanya tenang je okay. So bila filem ubah benda ni, aku rasa  macam tak tally dengan watak Dumbledore yg kita kenal sebagai seorang yg penyayang.

2. MISSING CHARACTERS

Ibarat Thanos petik infinity gauntlet, macam tu la jugak apa yg terjadi dalam filem HP4. Banyak watak yang tak berjaya masuk ke dalam filem dan bagi aku watak2 tu kebanyakannya tak penting sangat tapi kalau ada dia tambah perisa la.

Antara watak2 yang lost daripada buku;

Charlie Weasley - Dia ni abang Ron dan dia dulu prefect jugak dekat Hogwarts tapi dia ni jenis cool bukan macam Percy. Kalau dalam buku, watak Charlie ni takde la penting sangat tapi korang tahu kan dia ni la yg belajar dekat Romania pasal naga. So waktu first task triwizard, Charlie ni la yg provide naga2 tu dekat Hogwarts.

Percy Weasly - Dia ni abang Ron jugak dan dia pun prefect. Percy ni kita dah kenal since zaman HP1 lagi. Tapi kalau dalam filem dia tak annoying sangat. Hahhh dalam buku watak dia annoying. Tambah2 lagi dalam HP4 sebab dia dah mula kerja dalam Ministry of Magic dan dia kerja under Barty Crouch. Dia punya riak dan annoying tu memang tak boleh bawak bincang.

Ludo Bagman - Okay watak ni kalau hg tak baca buku hg memang takkan tahu. Dia ni ketua  Department of Magical Games and Sports dalam buku. Dia ni merupakan individu penting dalam menganjurkan Triwizard tournament, sekali dengan Mr Crouch. Tapi dia ni kaki judi sampai Fred dengan George pun kena kencing dengan dia ni KAH KAH KAH. Tapi tu la bagi aku watak dia ni tak penting sangat pun.

Winky - Hahh bagi aku watak dia ni sayang tak berjaya debut dalam Wizarding World. Dia ni merupakan house-elf macam Dobby tapi dia perempuan. Dia ni house-elf kepada family Mr Crouch tapi dibebaskan bila dia kena fitnah conjure (aku tak tahu apa maksud conjure dalam BM) Dark Mark. Lepastu dia pi kerja dekat Dewan Makan Hogwarts pulak dan dia dapat depression hahahha cam cibs. Tapi dia ni watak penting juga bagi aku. Sebab apa penting, hg baca sendiri.



3. Society for the Promotion of Elfish Welfare (S.P.E.W.)



Ni merupakan benda yg kebanyakan potterheads jadi tak puas hati bila tengok filem. So nokharoms apa SPEW ni? 

Hg tak rasa pelik ke bila student semua makan dekat the Great Hall, siapa yg masak makanan tu semua? Bila Dumbledore keting dia punya cawan semua makanan tiba2 muncul atas meja so adakah hg expect semua makanan tu muncul daripada magis? Tak ye anak2, makanan tu semua berasal dari dapur Hogwarts, dimasak oleh berpuluh/ratus house-elf.

SPEW ni merupakan society yg ditubuhkan oleh Hermione lepas dia rasa layanan yg diberikan kepada house-elf kejam gila. Ye la, diorang buat semua kerja tapi langsung tak dapat gaji dengan cuti. So senang cerita, kalau dari aspek Muggles, benda ni slavery la. Tapi dalam dunia wizards/witches, benda ni benda biasa ja. Waktu awal penubuhan SPEW, Hermione punya la sogok setiap orang supaya join SPEW ni tapi tu la kebanyakan student dah anggap house-elf ni sebagai diorang punya hak istimewa. So bila Hermione cuba fight benda ni ramai yg usha pelik dekat dia.

Bila aku baca benda ni terus aku teringat dekat hak istimewa orang Melayu dalam semua benda (eh?).

Tapi bagi aku SPEW ni macam tak strong sangat pun Bila dah nak sampai penghujung cerita, macam tak banyak impak pun yg SPEW boleh bagi. So aku tak la rasa ralat bila SPEW takda dalam filem. Tapi aku tak tahu la kot2 dia ada impact besar untuk next story.

4. Fleur & Krum


Korang mesti kenal punya dengan depa ni. Viktor Krum dari Durmstrang Institute dengan Fleur Delacour dari Beauxtons Academy of Magic. Diorang ni merupakan Triwizard champions yang bertanding sekali dengan Harry dengan Cedric.

Kalau dalam filem, watak diorang macam biasa2 je. Krum watak seram dengan ganas sikit plus misterius dan Fleur watak elegant.

Tapi berbeza dengan dalam buku. Krum dalam buku dia macam awkward sikit, pastu dia penakut kottt kalau hg baca ada satu scene Harry suruh Krum stay dengan Mr Crouch dekat Forbidden Forrest tapi dia meroyan taknak sebab dia takut. Harap je muka ganas tapi penakut jugak dia ni kah kah kah.

Fleur pulak dalam filem nampak macam elegant, sopan santun, nampak macam classy gila. Tapi dalam buku watak dia ala2 diva sikit. Ada je benda nak komen. Makanan Hogwarts tak sedap la, decoration tak gah macam Beauxtons. Dia ni jugak yg cakap Harry ni a little boy yg tak layak bertanding. Hg tunggu Fleur hg tak tahu Harry ni siapa.

5. Triwizard Tournament


Untuk Triwizard tournament tak banyak sangat yg berubah. Tapi unpopular opinion daripada aku, aku lagi suka versi filem daripada buku. Kah!


Untuk first task, Harry kena fight dengan dragon. Kalau dalam buku dia punya fight sekejap ja, tak dramatik langsung. Dan dia punya fight tak menunjukkan yg Hungarian Horntail ni ganas. Tapi kalau dalam filem, dia punya fight best, nampak la Hungarian Horntail ni ganas sampai boleh pecahkan rantai tu. Plus, warna HH dalam buku warna hitam, tapi dalam filem mcam coklat sikit. 

Cuma dalam buku hg boleh tahu la macam mana champion lain kalahkan naga diorang. 


Untuk second task pun tak banyak yg berubah. Yang berbeza pon dalam buku Harry tak kena attack sangat dengan raksasa dalam air tu. Dalam filem bertalu-talu dia kena attack. Dan dalam buku sebenarnya orang lain yg bagi gillyweed (tumbuhan yg buat Harry boleh bernafas dalam air) dekat dia. Dan aku sebenarnya lebih suka filem version sebab lebih logik.


Untuk last task, dalam buku sebenarnya task dia tak seseram dalam filem. Bagi aku filem punya agak creepy dan seram. Dan tak banyak beza jugak antara filem dengan buku tapi ada satu scene yg aku tak boleh terima dalam buku. Scene waktu Harry kena halang dengan sphinx.


Weiiii aku expect sphinx ni macam nak attack Harry la, bawak keluar kuasa ke apa sekali ALLAHU ITU JE KAU MAMPU BUAT SPHINX ???? ITU JE ??? LIKE SERIOUSLY ????? ITU JEEEEEE KAH KAH KAH! So aku bersyukurlah scene ni tak masuk dalam filem kalau tak memang aku gelak ja cibs.

Okay itu lah antara perbezaan yg aku boleh detect antara buku dengan filem. Sebenarnya banyak je lagi tapi aku malas nak tulis sebab biarlah benda tu jadi hidden gems untuk para pembaca. 

Overall, aku lebih suka filem berbanding buku. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa buku kalini banyak drag so buat aku rasa ala scene macam ni pun nak tulis ke. Terutamanya 100 muka surat pertama, aku rasa agak slow dan membosankan. Bila dah start Quidditch World Cup baru start best sikit.

Apapun aku appreciate dengan Mike Newell dengan apa yg dia buat untuk filem ni. Aku suka bila filem berbeza dengan buku sebab baru la ada kelainan takde la rasa macam ulang benda yang sama ja.

Anyway kalau hg tak baca lagi buku ni hg baca lah! Sekian!

Popular Posts

Followers