buku melayu

REVIEW : KIUB

July 28, 2018

Satu ja aku nak cakap, BUKU NI LAWAK GILA NAMATI HAHAHAHAHA !!!

SINOPSIS DARI GOODREADS :

Anas Mohd cuma seorang lelaki tall, handsome, and funny biasa yang ingin menghadiahkan dirinya dengan masakan kari ayam setelah separuh hari melakukan kerja yang baik di pejabat. Dia ke pasaraya untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kari ayam, terutamanya Kiub Ayam Nora. 
Siapa sangka kiub ayam sekecil itu akan membawanya ke dalam sebuah konflik berskala galaksi. Lalu advencer berlatarkan bintang-bintang bermula, dan seorang hero (dan beberapa lagi) pun lahir dari perut angkasa yang hitam pekat.
Makluman: kisah ini berlaku sebelum pembentukan Malaysia Baru.

Buku sci-fi komedi ni merupakan terbitan FIXI dan ditulis oleh Syafiq Ghazali. Ni merupakan kali pertama aku baca buku tulisan dia walaupun aku tahu dia ada tulis novel lain lagi, antaranya novel JAHAT. Aku pernah tengok cover novel JAHAT, dan jajment pertama aku adalah dia ni merupakan yg serius dan tak funneh. Tapi ternyata aku silap bila aku start baca KIUB. Cibs plot twist.

Aku baca buku ni secara ebook sebab aku dah broke teruk, dan juga sebab aku perlukan bahan bacaan di tempat aku part time. Almaklumlah, tempat aku kerja tak ramai customer, dan aku seorang introvert so buku la peneman aku. Aku beli buku ni sebab... well.. cover dia tak style... kalau style aku beli buku fizikal...

Apa yang aku suka tentang buku ni?
SEMUA HAHAHAHA

PLOT/JALAN CERITA : Cerita ni ada jalan cerita yang lurus dan tak terlampau bengkok mahupun maha-uturn. Tiada plot twist bagai. Boleh kata, macam cerita sci-fi hollywood yg dicipta untuk tontonan umum. TAPI bukan bermakna novel ni tak best. Disebabkan jalan cerita macam tu la, novel ni menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan. Bermula dengan kiub untuk masak kari, hingga ke perjalanan merentasi galaksi, dan juga akhirnya peperangan antara planet. Dan dalam perjalanan tu banyak benda bodoh (baca : lawak naharam) yang terjadi. Buku ni walaupun komedi tapi masih ada action yang diterapkan... cuma... action tu pun masih dalam bentuk komedi... HAHAHA

KARAKTER : Watak yang penting dalam ni ada 4 watak bagi aku.
 Anas - merupakan seorang yang tall, dark, and funneh. Hero dalam novel ni. Mula-mula aku suka dia ni sebab dia lawak dan mempunyai semangat narsistik yang tinggi macam hero kdrama What's Wrong With Secretary Kim. Dia ni orang bumi yang pure dan juga mempunyai perangai bumi yang pure yakni seorang yang bersikap sakai. Tapi lama-lama aku tak minat dia dah, sebab ada watak baru yg aku minat.

Jas Melor - dia ni boleh dikatakan watak heroin dalam ni. seorang alien perempuan yang badass, pandai guna senjata, typical perempuan yg suka mekap (walaupun alien) dan dalam usaha untuk berubah taknak mencarut.

Hanson - Dia ni alien lelaki. Aku rasa watak dia biasa ja, so malas describe.

Ketnis - YASSS!! DIA NI LA WATAK PALING FEVERET BAGI AKU!! Dia ni alien perempuan yang menjadikan nyanyian sebagai kerjaya. Dia ni paling ting tong dalam GAIS (haram jadah apa GAIS ni? Baca sendiri), perangai tak boleh bawak bincang. Dia ni paling sakai dalam seluruh galaksi. Aku harap ada spin off novel untuk watak dia ni ja HAHAHAHHA

Aku jarang feeling attached to watak fiksional, tapi kalini, gua minat gila dengan Ketnis. 

BAHASA - Disebabkan ni novel pertama aku baca dari penulis, jadi aku tak tahu style dia macam mana. Tapi yang pasti dalam novel ni, dia punya penulisan sempoi, bahasa melayu mudah tanpa ada loghat atau slang. Bila kau baca pun, rasa macam sempoi ja.

Aku sangatlah rekomen korang untuk baca novel ni walaupun cover buruk (walaupun sebenarnya cover ni sesuai dengan cerita dia yg sakai ni). Kalau hg jenis riak cakap buku Malaysia hambar, hg cuba la baca buku ni.

PENGAKUAN - Aku selalunya tak enjoy buku komedi dari penerbitan alternatif sebab lawak diorang selalunya lawak try hard. Selalunya dalam hal komedi, aku prefer dari novel mainstream. Tapi ternyata buku ni dah buka mata aku yang rabun ni.

Rating lelaki seksi : 10/10

p/s kalau hg jenis serius pun, hg boleh mengekek baca buku ni. belilah dan bacalah buku ni bagi menggembirakan hari anda yang penuh dengan stress itu!


buku inggeris

REVIEW : Quidditch Through The Ages

July 23, 2018

Muehehehe kalini gue akan reviu buku yg jika hg Potterhead, hg WAJIB baca buku ni. Buku ni ditulis oleh Kennilworthy Whisp . Tetapi... sebenarnya... yang tulis buku ni... ialah... JK Rowling! So who tf Kennilworthy ni?? Untuk para noobers di luar sana, Kennilworthy ni sebenarnya watak fiksional yang direka oleh JK Rowling untuk menjadi penulis kepada buku ni yang ditulis oleh JK sendiri.





Buku ni sebenarnya hanyalah sebuah companion book yang langsung tak mengubah plot/jalan cerita Harry Potter wizarding world. So kalau tak baca buku ni pun, hg takkan ketinggalan apa-apa pun sebenarnya.

Cuma kalau kau mengaku fans HP, hg kena la beli! Sebab apa teman-teman?! Sebab kita memang mudah dieksploitasi!

Buku ni sebenarnya hanya nak menceritakan sejarah permainan quidditch. Buku ni terbahagi kepada 10 chapters. Chapter paling awal menceritakan mengenai sejarah flying broomstick.

Secara mudahnya, buku ni hanyalah wikipedia mengenai quidditch. Boleh dikatakan ni merupakan buku fakta yg difiksyenkan. 

Bila baca buku ni hg akan tahu asal usul quidditch, flying broomstick, macam mana tercipta golden snitch (pada zaman dulu, golden snitch guna burung hidup!), peraturan-peraturan dalam permainan ni.

Dan cara penceritaan macam hg tengah baca jurnal, bukannya novel.

Jadi kepada sesiapa yg nak beli buku ni, fikir-fikir dulu. Kalau hg jenis biasa-biasa ja dalam dunia HP, baik jangan beli sebab buku ni mahal. Tapi kalau hg POTTERHEAD gila, hg beli la supaya ada dalam collection.

Rating lelaki seksi : 7/10





p/s Aku tak beli pun sebab miskin, aku baca abang aku punya 🤣🤣🤣

buku melayu

REVIEW : QISAS

July 10, 2018

Akhirnya setelah berapa bulan tak sentuh novel langsung sebab final exam (acah), berjaya juga habiskan satu novel. Untuk comeback kalini aku decide untuk baca The Kite Runner (malas reviu, tiberr) dan Qisas. Qisas merupakan penamat kepada trilogi MURTAD .  

SINOPSIS DARI GOODREADS :

“Hang nak cari sebab untuk bunuh depa la ni?”
“Bukan sebab…. tapi lesen.”
Derap tapak kaki Adam kedengaran kuat menginjak pelantar kayu menuju ke tingkat bawah. Satu persatu anak tangga dituruni menuju ke arah Akhil sambil menjinjing buku dengan senyuman yang puas. 
“Setiap daripada depa empat orang ni pernah membunuh dan takdak satu pun yang pernah dijatuhkan hukuman.” Adam menjulang buku sambil menunjukkan gambar yang terlekat di dinding.
Langkahnya dimatikan di hadapan Akhil yang masih tercangak-cangak. Buku itu diselak dan diangkat separas wajah adiknya yang tersentak gamam. Dengan mata yang membulat Akhil membaca tajuk yang tertera di helaian yang dibuka: 
BAB : QISAS. 
DARAH DIBAYAR DARAH. BUNUH DIBALAS BUNUH.




Untuk penamat trilogi Murtad sebenarnya aku expect lebih dari ni. Dapat aku katakan, ini bukannya penamat yang aku harapkan.

JALAN CERITA - Kalau hgpa expect something yang ada kesinambungan dari novel TUHAN , maaf harapan anda musnah. Mungkin ada, tapi sikit ja. Senang cerita sekelumit ja. Jalan cerita lebih kurang macam dalam Murtad, tiada pembaharuan atau WOW factor. Tambah lagi dengan konsep novel Tuhan yang ber-genre sci-fi, jadi aku jangka masih akan ada unsur sci-fi yang diselitkan. Bayangkan Malaysia baru sahaja dilanda wabak zombi, tapi dalam novel Qisas hanya sentuh sikit ja pasal tu. Banyak persoalan yang bermain dalam kepala aku. Bagaimana hidup orang Malaysia post zombie apocalypse? Takkan hidup normal ja? Ibarat semua rakyat Malaysia dah lupa yg negara pernah dilanda zombie apocalypse. Bagi aku ni merupakan plot hole terbesar dalam novel ni yang buat aku turn off.

BAHASA - HAHAAHHA macam biasa, novel kalini masih lagi mengekal slang/loghat Kedah bakhang. Walaupun bahasa utara, tapi masih lagi ada bahasa standard. Dan tak juga dilupakan unsur-unsur humor, dan jiwang dalam ni. 

KARAKTER - Watak-watak dalam ni bagi aku dah mempunyai backstory yang mantap dan sebab tu watak utama dalam ni strong. Tapi aku tak puas hati dengan Maria. BAPAK KAU KENA BUNUH DENGAN ADAM TAPI KAU MASIH TERKEJAR-KEJAR DENGAN ADAM WTH? Ada lagi satu watak yang aku rasa mehh, inspektor Razi. Bagi aku watak dia boleh expand lagi untuk ganggu the whole plot.

PLOT TWIST - selalunya aku cari benda ni kalau dalam novel FIXI tetapi kali ni aku rasa macam takde (atau aku dengan mudahnya teka plot twist kali ni)

Secara keseluruhannya, aku tak berpuas hati dengan novel kalini. Novel yang bermula dengan a very strong story akhirnya tamat beshe-beshe je yang menyebabkan minat aku terhadap the whole trilogy terus ranap. Sorry penulis.

Rating lelaki seksi : 4/10


Sayonara trilogi Murtad.

buku melayu

REVIEW : TUHAN

March 27, 2018

Hai! Akhirnya berjaya juga menghabiskan satu lagi buku pada bulan ini. Sejak dah masuk belajar balik, performance membaca jatuh teruk sebab berapa banyak lab report yang kena disiapkan dulu. Dang. Apapon, kali ni aku berjaya menghabiskan sebuah novel terbitan Buku Fixi yang bertajuk Tuhan. Untuk pengetahuan, buku ni merupakan sekuel kepada novel MURTAD

SINOPSIS DARI e-sentral :

Buku kedua dalam Trilogi MURTAD Dunia hampir musnah. Adam dan Akhil yang ditugaskan membunuh orang murtad telah melarikan diri ke utara setelah tugas terakhir mereka. Johari, lelaki kurier yang ditembak oleh Akhil kerana murtad, ditemui masih hidup oleh Profesor Rahman yang cuba menyelamatkan populasi manusia. Johari dibawa merentas masa bersama seorang perempuan bernama Sarah ke sebuah planet asing untuk diciptakan klon daripada genetik mereka. Ratusan tahun Johari tertidur beku sehinggalah tersedar dan mendapati dirinya telah diklonkan sehingga mencapai ribuan klon yang berwajah seirasnya. Ketakutan membawa Johari bertemu dengan klon bernama Ben yang turut membantu Johari pulang ke Bumi. Namun Komander Borga yang gila kuasa memburu mereka untuk dibunuh.   Di dunia yang mencium kiamat, ada yang lari dari Tuhan, dan ada juga yang ingin menjadi Tuhan!


Secara jujurnya bagi aku buku ini lari dari jangkaan aku. Sebab berdasarkan cover dan juga tajuk buku ni, aku ingatkan buku ini mempunyai tema yang 'dark'. Tetapi mungkin sebab penulis memang sudah dikenali dengan genre funneh, jadi buku ni turut jadi funneh. Genre buku ini bagi aku merupakan sci-fi dan action. 

Cerita ni berbeza dengan kebanyakan cerita sci-fi di luar sana sebab selalunya bila sebut sahaja sci-fi kita terus akan fikir mengenai zombi, robot, cyborg, time travel. Tetapi dalam novel ini, penulis menjadikan 'klon' sebagai tulang belakang cerita.

Bagi sesiapa yang dah baca novel Murtad pasti ingat akan watak Johari si budak kurier dan pastinya korang semua tahu apa nasib dia dalam  novel tersebut. Tetapi dalam novel Tuhan, Johari pula yang menjadi watak utama!(?)

Cerita ini mempunyai character development yang bagus terutamanya bila melibatkan friendship Jo bersama klon dirinya yang sendiri (aku lupa siapa nama klon dia). 

Banyak aksi yang disajikan kepada pembaca, terutamanya bila ada pergaduhan/pertarungan besar di antara watak antagonis dan protagonis. Aksi-aksi yang disajikan semuanya diterangkan dengan detail jadi korang tak akan jadi lost sangat.

Bahasa yang digunakan sudah tidak mempunyai influence Kedah yang berat seperti dalam novel Murtad. Bahasa yang digunakan pun masih boleh faham cuma mungkin akan ada beberapa perkataan yang korang kena cari di DBPonline.

Secara overall, buku ini dikira sebagai enjoyable la. Mungkin ada beberapa part yang slow tapi well part tu kira penting dalam character development terutamanya bila nak mencipta emosi dalam klon.

Rating lelaki seksi : 7/10

buku melayu

REVIEW : Murtad

January 29, 2018

Holla! Untuk buku keempat pada tahun ni, aku decide untuk baca sebuah novel bertajuk MURTAD, ditulis oleh Hasrul Rizwan (twitter dia : HasrulRizwan). Buku murtad ni sebenarnya buku #1 dalam trilogi MURTAD(dan aku tak baca lagi yang lain).

SINOPSIS DARI GOODREADS :

Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.
Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka.
Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhilmenelan liur.

“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir
dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya.”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”


Novel ni mengisahkan tentang dua orang kembar yang hot dari segi fizikal diupah oleh SESEORANG untuk membunuh orang Islam yang telah MURTAD. Seperti yang kita tahu, orang Islam yang murtad layak dibunuh (entah aku tak tahu, aku tak pandai sangat bab agama, tapi kalau nak bacaan lebih boleh baca di http://www.risalahislam.com/2015/06/hukum-muslim-keluar-dari-islam-murtad.html ), jadi 2 orang kembaq ni yang bernama Adam Akhil, menjadikan membunuh golongan ini sebagai pekerjaan mereka.

Novel ni bagi aku dia punya starting agak slow, mendayu-dayu ja mata aku baca novel ni. Tapi bila dah sampai bab action, terus cergas kepala otak aku. Setiap aksi ditulis dengan detail (dan disebabkan terlampau detail kadang-kadang aku jadi lost) jadi hang boleh imagine la mecam mana dia tembak bagai tu.

Macam yang aku cakap tadi, Adam dan Akhil ni diupah oleh SESEORANG jadi akan ada beberapa bab yang explain tentang backstory SESEORANG ni. Kita tak diberitahu siapa yang upah diorang, tapi aku tahu otak kita dapat teka siapa SESEORANG tu. Dan plot twist dalam novel ni takde la sampai level mindf*. Ashe-ashe aje.

Bahasa yang digunakan bukanlah seperti bahasa novel fixi lain. Bila korang baca novel ni, korang tahu la pengetahuan penulis dalam bahasa dikira bagus. Tapi yang menariknya, bahasa dialog novel ni kebanyakkan dalam bahasa UTARA sebab Adam dan Akhil mai dari Kedah. Bagi aku, gabungan bahasa formal dan utara dalam novel ni menarik jugak la.

Kalau hgpa jenis yang suka berfikir, hgpa baca dan hadam novel ni. Dan beri pendapat hgpa samada apa yang dilakukan oleh Adam, Akhil, dan SESEORANG itu wajar atau tak? Diterima dalam dunia pada masa kini atau tak? 

Rating lelaki seksi : 6/10

Disebabkan novel ni banyak scene aksi dan banyak juga senjata yang digunakan, jadi aku tolong google-kan gambar senjata yang digunakan dalam novel ni (tak tahu la betul ke tak).

( Smith & Wesson M945 SS )

( SIG SAUER P226 )

( RIFFLE BARRET 98B )

( COLT PYTHON )

*Disclaimer // Aku bukan teroris dan aku tak suka pengganas dan aku juga kurang pandai bab agama





Popular Posts

Followers