REVIEW : Quidditch Through The Ages
July 23, 2018Muehehehe kalini gue akan reviu buku yg jika hg Potterhead, hg WAJIB baca buku ni. Buku ni ditulis oleh Kennilworthy Whisp . Tetapi... sebenarnya... yang tulis buku ni... ialah... JK Rowling! So who tf Kennilworthy ni?? Untuk para noobers di luar sana, Kennilworthy ni sebenarnya watak fiksional yang direka oleh JK Rowling untuk menjadi penulis kepada buku ni yang ditulis oleh JK sendiri.
Buku ni sebenarnya hanyalah sebuah companion book yang langsung tak mengubah plot/jalan cerita Harry Potter wizarding world. So kalau tak baca buku ni pun, hg takkan ketinggalan apa-apa pun sebenarnya.
Cuma kalau kau mengaku fans HP, hg kena la beli! Sebab apa teman-teman?! Sebab kita memang mudah dieksploitasi!
Buku ni sebenarnya hanya nak menceritakan sejarah permainan quidditch. Buku ni terbahagi kepada 10 chapters. Chapter paling awal menceritakan mengenai sejarah flying broomstick.
Secara mudahnya, buku ni hanyalah wikipedia mengenai quidditch. Boleh dikatakan ni merupakan buku fakta yg difiksyenkan.
Bila baca buku ni hg akan tahu asal usul quidditch, flying broomstick, macam mana tercipta golden snitch (pada zaman dulu, golden snitch guna burung hidup!), peraturan-peraturan dalam permainan ni.
Dan cara penceritaan macam hg tengah baca jurnal, bukannya novel.
Jadi kepada sesiapa yg nak beli buku ni, fikir-fikir dulu. Kalau hg jenis biasa-biasa ja dalam dunia HP, baik jangan beli sebab buku ni mahal. Tapi kalau hg POTTERHEAD gila, hg beli la supaya ada dalam collection.
Rating lelaki seksi : 7/10
p/s Aku tak beli pun sebab miskin, aku baca abang aku punya 🤣🤣🤣
0 comments