REVIEW : Entiti

August 08, 2018

Kini, tiba masanya untuk reviu buku penulis feveret aku. Terbitan Buku Fixi, ditulis oleh Syafiq Aizat ( @yo_sapit ).

SINOPSIS DARI GOODREADS :

Sebagai pelajar baru di sekolah, banyak benda baru yang dia perlu cari. Seperti kawan baru, makwe baru, sumber inspirasi baru dan gaya hidup baru.

Namun, benda baru lain pula yang dia jumpa: sebuah buku lama yang membawa dia untuk belajar ilmu-ilmu baru. Buku yang sarat dengan cara-cara memanggil hantu, menjampi, dan maklumat tentang hal mistik yang tidak pernah dia tahu.

Pada masa yang sama, dia juga telah menarik perhatian si pemerhati yang baru.

Menyedari yang dia dan orang di sekelilingnya dalam bahaya, Iskandar perlu menemukan jalan untuk menyelamatkan semua orang.

Mampukah dia menyorok daripada entiti yang dia sendiri tak nampak?


Syukur aku berjaya habiskan buku ni dalam masa kira-2 8 jam (well baca waktu kerja kott). Satu pengembaraan yang menyeronokkan dan tak rasa terlalu berat dan tiada mainan emosi yang sedih (syukur).

Cerita dimulakan apabila Is ter-curi sebuah Buku Hitam yang mengandungi jenis-jenis hantu, jampi-jampi untuk panggil hantu dan juga untuk buat benda lain (yang bakal jadi perkara penting dalam novel ni). Buku yang ditulis oleh Reza (siapa dia?) mengandungi beberapa tulisan pelik yang kalau hg baca hg takkan faham tapi setiap benda du dunia ni ada jawapannya...

Buku entiti aku dapat katakan mempunyai genre fantasi, mistik, aksi. Semua genre ni diadunkan dalam sebuah buku bila hg dah start baca mungkin hg susah nak letak balik. Aku suka penulis gunakan genre fantasi sebab dekat malaysia mostly orang tak suka baca genre ni well sebab benda tak logik kan (tapi kalau bab manusia boleh tengok hantu boleh pulak rasa tak cringe walhal genre yg sama jugak) dan ada banyak terma yang digunakan dalam buku genre fantasi tersangatlah cringe. Tapi bagi aku, bila kita selalu disajikan dengan terma-terma berunsur fantasi, nanti kita takkan rasa cringe sangat dah.

Dalam buku kalini, penulis masih lagi mengekalkan formula 'bromance' untuk membelai emosi kita seperti noveel-novel sebelum ni. Buku kalini masih menunjukkan nilai-nilai murni kekeluargaan dan juga persahabatan. Bagi aku, disebabkan ini la penulis sangat popular di kalangan remaja kerana membawa nilai-nilai ni.

Dan lagi satu ciri yang menyebabkan penulis terkenal, penulisan yang sempoi dan santai. Yang ni memang kena la untuk orang yang tak minat bahasa. Bagi aku bila penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah, lagi senang nak attract pembaca baru dari golongan muda. Barulah negara kita ni mempunyai rakyat yang suka membaca. 

IDEA - Aku suka idea yang digunakan untuk membangunkan buku ni. Hg boleh dapat vibe Ghostbuster, vibe Danny Phantom, vibe YuGiOh!! Lepastu hg dapat tengok beberapa lukisan yg dilukis sendiri oleh penulis dalam buku ni yg merujuk kepada Buku Hitam tersebut. Lagi hg dapat kenal hantu-hantu kat dunia ni dan cara nak seru diorang. Aduhh teringat pula buku  Dictionnaire Infernal yg dimention dalam buku The Lucifer Letters (aku ada buat reviu).

Dan aku harap sangat penulis buat spin off novel untuk Perlawanan Kad Wizards and Magic. Weiii gempak seyhhh tapi scene ni sekejap banget!! WE NEED JUSTICE FOR THIS GAME!!!

KARAKTER - Macam yg aku bagitahu tadi, ada momen-momen bromance dalam ni. Momen ni terjadi di antara Is dan juga Khai. Aku taknak ulas banyak sebab hg yg kena baca sendiri. Tapi watak yg paling aku suka mestilah hantu kucing tu yg bernama Samad. Aduhh dia lawak. Hah, watak Pak Su pun lawak jugak HAHHAHA

Lepastu dalam ni ada watak yg mengenakan jubah hitam, diorang ni group cult la. Dalam ingatan aku terus imagine scene dalam MV Fake Love oleh BTS




Oh bila cakap pasal karakter, dalam ni ada cameo watak dari novel sebelum-sebelum ni tau. Nak tahu siapa? Baca la sendiri. Tapi mesti hg senyum punya bila watak ni muncul. Aduh terus teringat novel tu. Hrmmm

WARNING - Takdelah negatif sangat tapi tu la, aku baca guna ebook tapi page Buku Hitam tak jelas weiii bila baca. Habis down aku bila jadi macam tu. Aku ada contoh dekat bawah.




Rating lelaki seksi : 8/10

p/s PLISSS SESIAPA BELANJA AKU BUKU KAMPUS WEIII ADUHH TETIBA NAMA KRAMPUS DIMENTION DALAM NI HABIS AKU LOST SEBAB TAK BACA LAGI KAMPUS

REVIEW : The Metamorphosis / Die Verwandlung

August 06, 2018

Hallo. Kalini aku nak reviu buku yang ditulis oleh Franz Kafka, seorang penulis berbangsa Deutsch (Jerman) yang bertajuk Die Verwandlung atau dalam bahasa inggeris, The Metamorphosis.


SINOPSIS DARI GOODREADS :

"As Gregor Samsa awoke one morning from uneasy dreams he found himself transformed in his bed into a gigantic insect. He was laying on his hard, as it were armor-plated, back and when he lifted his head a little he could see his domelike brown belly divided into stiff arched segments on top of which the bed quilt could hardly keep in position and was about to slide off completely. His numerous legs, which were pitifully thin compared to the rest of his bulk, waved helplessly before his eyes." 


Macam yang disebut dalam sinopsis, cerita ni bermula dengan seorang lelaki bernama Gregor yang bangun-bangun tidur terus berubah jadi beetle-like insect. Gregor ni seorang salesman jadi dia perlu kejar train sebab taknak terlepas. Tapi bila bangun dah jadi insect, hg nak buat macam mana kan??

Pada pendapat aku buku ni mengangkat tema family values, kapitalism (sipi-sipi). Kita boleh lihat bagaimana layanan keluarga terhadap dia berubah apabila Gregor ni transform. Kita boleh tengok macam mana adik si Gregor ni jaga dia, jaga makan minum. Tapi tu la, hrmmm....

Buku ni sebenarnya dalam Jerman tapi telah ditranslate ke bahasa Inggeris. Versi ebook yang aku beli (harga dalam RM4) ada dua part. Satu part dalam bahasa Inggeris, satu part lagi dalam bahasa Jerman. Aku saja la usha yg bahagian Deutsch, terus my inner deutsch bangun semula selepas dah berapa tahun tinggalkan bahasa Hitler tu. Hahaha aku akan simpan buku ni untuk polish balik deutsch aku.

Buku ni pendek ja, tak sampai seratus halaman pun kalau dalam bentuk ebook, tetapi aku ambek masa yang lama untuk habiskan buku ni. Aku sejenis manusia yang tak suka baca cerita yang bagi explanation panjang-panjang, tetapi benda ni selalu jadi dalam karya klasik/lama. Sebab tu buku-buku klasik bukannya peberet aku contoh macam buku 1984. Ohh yeah, buku ni diterbitkan pada 1915.

Ditambah lagi, bahasa Inggeris yg digunakan dalam buku ni bagi aku agak susah la jugak. Banyak kali jugak la kena guna google translate. Bila wujud situasi macam ni, hg ada probability yg tinggi untuk lost ketika membaca. Dan benda ni terjadi dekat aku. Bagi aku, buku ni tak sesuai orang yang baru nak bertatih dalam dunia buku Inggeris. Ni level budak MUET band 5/6.

Kesimpulannya, walaupun pada mula aku tak suka sangat buku ni, tapi makin lama, makin aku suka. Aku rasa buku ni agak emosional dan baca buku ni merupakan satu perjalanan yg agak wild sebab dehekk bangun tidur terus jadi insect.

Rating lelaki seksi : 7/10


REVIEW : The Lucifer Letters

August 02, 2018

Disebabkan harini off day aku luangkan masa untuk habiskan satu buku English yang ditulis oleh Will Edwards

SINOPSIS DARI GOODREADS :

As I picked it up, the first letter fell into a number of separate pieces, so brittle was the paper. The ink was feint and the archaic script difficult to read. But even as I began to decipher the first few paragraphs, an eerie feeling came over me. 

Eventually, I managed to decrypt all of the letters and they were like nothing I had ever encountered. They appeared to be some kind of demonic correspondence that was, apparently, never meant to fall into human hands. 

But now, I had that wretched text in my possession, I was left with an agonising dilemma. Should I publish and, in the process, leak the Devil's uncanny plans to humankind, or should I simply lock the documents away in some inaccessible place for a future daredevil to decide their ultimate fate? 

Professor Lewis would be sure to help. 


Secara ringkasnya buku ni mengisahkan dua demon (atau setan) yang berbalas surat cinta antara mereka berdua. Surat yang menceritakan plan-plan kaum kerabat setan untuk musnahkan manusia. So dalam surat mereka ni, ceritalah apa yang bakal dilakukan oleh setan untuk memastikan manusia akan hancur secara halus. Dan perancangan diorang ni (kira setting masa) adalah pada zaman before vatican. So kiranya diorang dah plan lama gila la.

Dua setan yang berbalas surat ni bernama ASMODEUS dan juga BELPHEGOR 

Ohh diorang ni memang setan betul tau kalau in real lif so hgpa boleh klik nama diorang dan baca di wikipedia. Bawah ni aku tunjuk gambar diorang berdasarkan buku setan yang bertajuk Dictionnaire Infernal 

ASMODEUS


BELPHEGOR



Okay beralih kepada buku ni.

Dalam buku ni, macam aku cakap tadi pasal diorang balas-balas surat. Diorang bincang la yang diorang bakal create drug, music, television, porn, dan pelbagai lagi bentuk hedonisme zaman sekarang ni untuk melemahkan daya pemikiran manusia lantas merosakkan umat human secara halusssss.

So bila baca buku ni, hg boleh buat refleksi la kot pada keadaan masyarakat zaman sekarang ni. Kita hidup berpaksikan hedonisme, sampai habis otak kita tepu. Jadi, mengikut logik buku ni, memang setan dah berjaya hancurkan umat human.

Allahu, baca surat setan pon boleh kena tarbiyah ala-ala tarbiyah sentap. Kuikuikui

Cuma aku tak puas hati, penulis cuma cerita tentang hedonisme masyarakat sekarang. Bagi aku kalau nak lagi menarik, penulis ceritakan budaya hedonisme baru masa hadapan yang belum ada lagi pada zaman sekarang. Baru betul setan ni ikut dasar pandang masa hadapan.

Ohh lupa nak bagitahu, buku ni aku baca secara ebook di playbook yang berharga RM0.40 (WOWWW MURAHNYAAA) Yass, memang murah sebab buku ni ada 44 pages ja. So kalau korang jenis nak bazir 40 sen untuk hiburan yang tak seberapa hedonisme ni, boleh la beli.

Lagi satu, buku ni dia punya English susah sikit. Aku nasib baik baca ebook, boleh direct translate dari apps tu. So kalau hg MUET band 3 macam aku, be prepared untuk sentiasa stop baca dan tengok maksud perkataan.

Rating lelaki seksi : 6/10


p/s aku macam tertanya-tanya, kenapa setan guna surat? bukan diorang ada power macam telepathy ke?? Tak ke susahkan diri nak tulis surat bagai, nampak sangat diorang pun lambat moden macam manusia.



REVIEW : The Power of Creativity: Learning How to Build Lasting Habits, Face Your Fears and Change Your Life

August 01, 2018

So kalini aku akan reviu buku non-fiction bahasa inggeris yang bertajuk The Power of Creativity: Learning How to Build Lasting Habits, Face Your Fears and Change Your Life. Perghhh panjang benor tajuk dia pun.

SINOPSIS DARI GOODREADS :

Are you ready to build habits, face your fears and change your life?

Because that’s the Power of Creativity.

This book is for new writers, musicians, filmmakers, artists and anyone who has ever asked questions like “How can I become more creative?” or, “How can I get more ideas?” or “How can I focus on my thoughts and just let them flow?”

If you’ve ever struggled with a problem or challenge in your personal or professional life and thought, “I can’t do this, I’m not creative enough”, this book will help you.

Okay bersambung lagi dalam siri broke as hell aku, kalini aku decide baca buku ni dalam bentuk ebook sebab buku ni percuma dekat google playbook (YASSSSS BENDA PERCUMA).

Buku ni walaupun targeted audiences dia untuk orang yang melibatkan diri dalam hal seni seperti penulis, pemuzik, pedrama(eh?), tapi bagi aku lebih sesuai untuk dibaca oleh aspiring writer - atau orang yang nak berjinak dalam dunia penulisan. Disebabkan aku *insert pengakuan eksklusif* dulu pernah cuba untuk menulis novel (dah cecah 12k words) tapi abaikan penulisan tersebut disebabkan beberapa masalah yang ada dimention dalam buku ni.

Buku ni mengajar kita menyiapkan karya kita (tak kira la muzik atau penulisan) walaupun perlu mengambil masa yang lama.

Ada beberapa strategi yang disebut dalam buku ni untuk kita menyiapkan karya kita, antaranya (aku cilok dari goodreads je ni) :

1. Prepare to be Inspired
Inspiration is nice, but that doesn’t mean you should sit around all day waiting for ideas to come to you. Instead, cultivate smart creative habits that help you find ideas faster.

2. Trace Your Creative Roots
To know what you’re going to create (and to overcome problems like procrastination, fear and self-doubt), you must understand what drives you. You must understand what you’re passionate about and for that, a personal mission statement is key.

3. Learn What Your Craft (And Your Audience) Demands
To master your craft, whether that by writing, painting, music, film or art, requires learning what both it and your audience expect from you.

4. Find a Creative Master to Mentor You
A mentor will help you face your fears, master the self and find better ideas faster. But, what if you can’t find one?

 5. Strengthen Your Mind and Body
Creative masters understand the value of meditation, physical exercise and protecting their best self. They know becoming more creative isn’t just a mental practice.

6. Invest In Your Side-Projects
When you need when you need a break from your main gig, turn towards a side-project. That’s what smart creative people do, and they often find real success in this approach.

7. Go to War Against Your Fears
Your fear of failure, your fear of rejection, your fear of criticism, let’s change that.

So bila hg baca buku ni, dia akan explain dengan lebih detail tentang tujuh perkara ni.

Macam pengakuan ekslusif aku tadi, aku lepas baca buku ni terus tangan gatal nak create novel semula. Ye la, kalau bukan sekarang, bila lagi yedak?

Buku ni sememangnya ditarget kepada mereka yang tengah struggle kepada mereka yang tengah mencari kreativiti. Jika anda tergolong dalam golongan tersebut (macam aku), READ THIS!

Rating lelaki seksi : 6/10

Antara quote yang aku jumpa dalam buku ni ;





Popular Posts

Followers